Diba, pemain pickleball berbakat, meninggalkan pasangannya Arman dan memilih Ghazali, pelajar pintar tanpa pengalaman sukan, sebagai rakan sepasukan baru. Melalui disiplin, sokongan dan kepercayaan Diba, Ghazali berubah menjadi pemain yakin. Kisah mereka bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang kepercayaan, harga diri, dan bagaimana cinta boleh tumbuh apabila dua insan berjuang untuk satu sama lain.
Menampilkan sisi peribadi Amira Othman secara lebih dekat dan eksklusif. Dari perjalanan hidup, pengalaman istimewa hingga momen bersama insan tersayang dan peminat, penonton dibawa menyelami kehidupan sebenar Amira di sebalik populariti dan dunia glamornya.
Mira dan Din baru memulakan kehidupan perkahwinan apabila Mira menerima poskad misteri dari Istanbul bertanda huruf “E”. Rasa ingin tahu membawa mereka ke Istanbul, di mana Mira menemui Effa, cinta pertama Din yang kini sedang melalui ujian besar dalam hidupnya. Pertemuan itu membuka kembali kisah silam, menguji emosi dan kesetiaan mereka, serta memaksa pasangan itu berdepan kebenaran yang boleh menggugat perkahwinan mereka.
Haziq dan Aisyah baru beberapa hari berkahwin apabila Aisyah tiba-tiba diserang penyakit misteri hingga lumpuh. Setelah rawatan hospital gagal, mereka mengetahui Aisyah menjadi mangsa sihir akibat dendam seseorang. Dalam keperitan itu, Haziq tetap setia berjuang melalui ikhtiar perubatan dan spiritual, sambil mempertahankan amanah sebagai suami dan membuktikan erti cinta sejati.
Sofea baru bertunang apabila tunangnya meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis yang meruntuhkan seluruh hidupnya. Berpegang pada amanat terakhir yang ditinggalkan, dia berangkat ke Istanbul untuk mencari abang tunangnya yang tidak pernah dikenalinya. Di kota asing itu, Sofea bertemu seorang lelaki misteri yang tanpa disedari mula mendekati hidupnya dan perlahan-lahan membuka kembali hatinya. Namun di sebalik pertemuan yang tidak dijangka itu, tersimpan rahsia masa lalu yang bakal mengubah segalanya.
Jihan terperangkap dalam hubungan toksik dengan teman lelakinya yang manipulatif dan tidak stabil. Demi menyelamatkan diri, dia melarikan diri dan cuba membina semula hidupnya, lalu bertemu seseorang yang menunjukkan makna cinta yang lebih sihat. Namun kemunculan semula bekas kekasihnya memaksa Jihan membuat pilihan antara kebebasan atau kembali kepada hubungan yang memusnahkan.
Marisa, seorang wanita muda obses dengan kecantikan, nekad mencipta produk sendiri walaupun sering gagal. Dengan bantuan sahabatnya dan ramuan misteri dari Kampung Rimba, dia menghasilkan jenama Cermin Marisa. Kejayaan itu menarik perhatian idolanya, Dato Saodah Sameon, yang mahu mengambil peluang keuntungan. Marisa perlu menyeimbangkan kejujuran, persahabatan dan godaan kuasa, sambil menyedari bahawa kejayaan juga boleh datang dengan harga yang tidak dijangka.
Adam dan Zara bergelut menyelamatkan kafe mereka apabila tekanan kewangan dan perbezaan pendapat mula meretakkan hubungan. Pergaduhan mereka yang tidak sengaja menjadi viral membawa pelanggan, menjadikan konflik sebagai strategi pemasaran. Namun apabila emosi sebenar mula bercampur dengan “content”, serta kemunculan bekas kekasih, mereka harus memilih antara kejujuran atau kejayaan.
Selepas lama tidak dikurniakan anak, Dian terdesak menyelamatkan perkahwinannya apabila mengetahui suaminya curang. Dia berpura-pura hamil untuk meraih kembali kasih suaminya, namun penipuan itu semakin rumit apabila melibatkan bayi sebenar. Apabila kebenaran terbongkar, mereka terpaksa berdepan realiti pahit tentang cinta dan kepercayaan.
Aira, seorang ketua pemasaran yang berjaya, dipertemukan semula dengan Aiman, pembulinya di sekolah yang kini bekerja di bawahnya. Walaupun dihantui trauma lama, Aira cuba bangkit dan memahami perubahan Aiman. Dalam masa sama, bekas kekasihnya merancang menjatuhkannya, memaksa Aira memilih antara dendam silam atau peluang kedua untuk cinta dan kepercayaan.
Seorang lelaki yang kehilangan deria rasa hidup merantau ke Auckland demi mencari makna dalam rempah dan kenangan ibunya — di sana, dia bertemu seorang gadis buta yang mengajarnya erti rasa, cinta, dan melihat dunia dengan hati.
Azalea, seorang penulis skrip yang sering dikritik kerana cerita klise, tiba-tiba terperangkap dalam dunia fiksyen ciptaannya sendiri selepas insiden di set. Untuk kembali ke dunia sebenar, dia perlu membuat Irfan jatuh cinta kepadanya, tetapi sedar bahawa dia ditakdirkan menjadi antagonis. Kini, dia perlu memilih sama ada mengikut takdir cerita atau mengubah nasibnya sendiri.
Bermula dengan poskad tersalah alamat. Pertemuan takdir membawa mereka hingga ke Auckland, namun takdir menemukan sesuatu yang lebih dari sekadar jawapan.
Cinta, hantu dan prank — bila Mia si pemandu pelancong bankrup terpaksa jadi ghost hunter, dia tak sangka akan jumpa kebenaran paling menyeramkan…dan paling romantik!
Iman, anak yang taat, sering mendapatkan restu ibunya dalam hubungan cinta. Ibunya merestui Syuhadah, sedangkan Iman mencintai Athirah. Rancangan percutian rahsia mereka terbongkar apabila ibunya ingin ikut serta. Iman terperangkap antara tanggungjawab dan cinta, lalu diuji untuk membuat pilihan yang mungkin mengorbankan kebahagiaannya sendiri.